GuidePedia



Dr.Azizan Penipu Ijazah Kehormat Doktor Tiada Dalam Rekod UM?

Baru-baru ini menjadi viral mengenai status sebenar PhD yang dimiliki oleh Dr.Azizan Osman. Ramai yang ingin tahu adakah status “Dr” yang dimiliki oleh Dr.Azizan Osman adalah betul atau palsu?

Hari ini University of Malaya mendedahkan status sebenar mengenai perkara tersebut.

Dalam kenyataan Universiti Malaya menyebut:


Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.

Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.

Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut.



Jika dilihat di laman web Richwork ada menyebut Azizan Osman memperoleh Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM). Baca link ini http://ift.tt/2d8CAt4



Setakat ini Dr.Azizan sendiri belum mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan ini. Sama-sama kita tunggu jawapan dari Dr.Azizan sendiri.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Post a Comment

 
Top