Update Terbaru TIPS AND INFORMATIN RESORCES.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Patung punca maksiat, ‘makhluk’ dibenci Allah, kata veteran PAS 


Free Malaysia Today FMT Reporters 1 day ago

 

© Provided by MToday News Sdn Bhd Bahasa, Subky Latif, patung, Langkawi, helang, berhala, PAS, Dr Mahathir 

PETALING JAYA: Seorang veteran PAS bercanggah pendapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai tugu helang di Pulau Langkawi, dan bertegas binaan seperti itu akan mengundang “maksiat” dan “fitnah”.

“Patung helang atau apa-apa patung jua adalah dilarang. Adanya patung mendekatkan orang kepada maksiat,” kata bekas pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif, dalam penulisannya yang diterbitkan Harakahdaily, lidah rasmi parti itu.

Awal bulan ini, Dr Mahathir mempersoalkan gesaan beberapa pihak supaya patung dan tugu dirobohkan kononnya kerana melanggar hukum Islam.

Bekas perdana menteri itu berkata tindakan itu tidak akan menjadikan umat Islam lebih warak.

“Sehingga kini, tidak ada orang Islam yang bersembahyang atau menyembah tugu helang di Langkawi. Merobohkannya tidak menjadikan orang Melayu lebih Islam,” kata Dr Mahathir.

Ia susulan gesaan beberapa pemimpin agama kerajaan yang mempersoalkan kewajaran mengekalkan tugu helang setinggi 12 meter di Dataran Lang, yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi.

Bagaimanapun, Subky berkata sama ada sesuatu patung dijadikan sembahan atau tidak, ia “mendatangkan fitnah” kerana “boleh jadi disembah orang setengah orang khususnya penyembah berhala”.

“Patung adalah makhluk yang Allah tidak suka. Ia adalah barang maksiat. Ada maksiat dosanya bagi orang yang membuat maksiat itu. Tetapi ditanggung oleh semua termasuk orang yang terlibat dengannya seperti patung itu. Kita tidak membuat dan tidak suka padanya, tapi dibiarkan depan mata dosa dapat oleh semua,” kata Subky.

Beliau kemudian cuba mengaitkan isu itu dengan usaha PAS melaksanakan hudud.

“Adapun bagi orang Melayu sekadar roboh patung, hudud tak mahu, sembahyang pun tidak, Islamnya had itu sajalah.”

Subky kemudian mempersoalkan iman bapa saudara Nabi Muhammad, Abu Talib, yang menurut sejarah merupakan orang yang sentiasa membela Nabi walaupun tidak mengisytiharkan secara terbuka dirinya seorang Islam.

“Lebih Islam atau tidak bergantung dari hidayat. Jika lepas mengetuk patung Allah beri hidayat, lebihlah Islam Melayu. Tapi Abu Talib buat seribu jasa pada Nabi, tak dapat hidayat apa gunanya?”

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . TIPS AND INFORMATIN RESORCES.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Post a Comment

loading...
 
Top